Thursday, April 2, 2009

Galeri














Read More......

Sunday, March 29, 2009

Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari berwukufnya para jemaah haji di padang Arafah bermula pada waktu tengahari 9 zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar pada 10 zulhijjah iaitu bersamaan dengan Hari Nahar. Wukuf di Arafah dilakukan setelah selesai melaksanakan ihram haji. Arafah terletak di luar Tanah Haram iaitu lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer daripada kota Makkah al-Mukarramah. Namun para jemaah haji tidak semestinya berada di padang Arafah sepanjang masa tersebut kerana sahlah berhenti di situ walaupun sebentar. Wukuf di Arafah merupakan adalah rukun haji yang kedua tetapi merupakan rukun yang paling utama daripada rukun-rukun haji. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Dari Abdul Rahman bin Ya’mur r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan “Haji itu ialah Arafah, barangsiapa datang pada malam tanggal 10 sebelum terbit fajar, beerti dia telah mendapatkan Arafah”. (Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan). Masa yang sebaik-baiknya untuk melakukan wukuf di Arafah ini ialah sebahagian daripada 9 zulhijjah dan sebahagian daripada malam 10 zulhijjah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar iaitu pada hari ke 10 zulhijjah maka dapatlah haji itu”.

Read More......

Asal usul pemberian nama Arafah

Kata Arafah kini sudah menjadi nama tempat. Namun asal usul penamaannya adalah lebih daripada sebuah kisah. Ada yang mengatakan bahawa ketika Adam dan Hawa a.s diturunkan dari syurga, keduanya berpisah tempat. Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t melalui surah Thaha ayat 123 yang bermaksud, “turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka”. Adam dan Hawa diturunkan di tempat yang berasingan. Masing-masing mencari teman hidupnya sehingga mereka berjumpa kembali di suatu tempat bernama Arafah.


Selain itu ianya juga merujuk kepada kisah Nabi Ibrahim a.s iaitu bagaimana Allah memberitahukan kepadanya (‘Arrafahu) tempat Arafah itu. Pada suatu petang ketika sedang tidur, Ibrahim melihat dalam mimpinya ia sedang menyembelih puteranya Ismail. Ini merupakan satu masalah yang amat besar bagi Nabi Ibrahim sebagai seorang bapa terhadap anaknya. Kerana itulah setelah bermimpi, Ibrahim duduk merenungi fikirannya dengan cermat. Oleh sebab itu hari Arafah dinamakan pula hari Tarwiyah (renungan). Setelah ia yakin bahawa mimpinya benar dan ia harus menyembelih puteranya Ismail maka ia menamakan tempat mengetahui hakikat mimpinya itu dengan Arafah.

Di samping itu terdapat pula kisah yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s diberitahu oleh malaikat Jibril cara melaksanakan manasik haji di tempat ini. Jibril bertanya, “Arafta’, tahukah kamu?” Ibrahim menjawab, “Araftu’, aku mengetahuinya”. Dengan demikian boleh jadi ini beerti bahawa di tempat itu manusia mengenali Robbnya, dan manusia datang ke tempat itu untuk mengakui dosanya serta untuk memohon keampunan Robbnya dengan penuh kerendahan.

Namun walau apapun asal nama Arafah dan kegiatan ibadah pada hari itu dinamakan dengan nama Hari Arafah ataupun Hari Tarwiyah, apa yang pasti hari itu merupakan hari yang mulia iaitu hari yang dibanggakan Allah Taala kepada para hamba-Nya sepertimana yang dijelaskan Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud : “Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku itu. Mereka telah meninggalkan semua yang dimilikinya dan mendatangi-Ku dengan kusut dan berdebu, memohon keampunan dan rahmat-Ku. Aku bersaksi dengan kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka…”.

Read More......

Keadaan di Arafah

Ketika berada di Arafah, kita dapat melihat persamaan diantara para jemaah haji yang datang ke Baitullahil Haram. Tidak ada seorang pun yang tertinggal bahkan dalam waktu yang sama mereka mengakhiri wukufnya bersamaan terbenamnya matahari pada Hari Arafah. Keadaan di padang Arafah adalah berbeza berbanding keadaan ketika para jemaah haji memasuki kota Makkah. Para jemaah haji memasuki kota Makkah dalam rombongan dan pada waktu yang berbeza. Ada diantara mereka yang datang dua minggu lebih awal sebelum haji dan ada pula yang datang sehari sebelum haji. Begitu juga pada waktu pulang jemaah haji berkenaan. Keadaan tempat tinggal mereka juga berbeza mengikut kemampuan para jemaah haji tersebut. Ada yang tinggal di hotel mewah dan ada pula yang tinggal di hotel yang murah. Bahkan ada juga yang tidur beralaskan pasir.


Namun di Arafah, keadaan tidak demikian. Semua jenis bangsa, warna kulit dan bahasa, berbagai pangkat dan jawatan adalah sama sahaja. Semua berkumpul dalam sebuah padang dan pada waktu yang sama. Pakaian pun sama dan seragam. Tidak ada bezanya yang kaya dengan yang miskin, yang pangkatnya tinggi dengan yang rendah dan sebagainya. Tidak ada rasa sombong dan angkuh pada diri mereka. Semua merendahkan diri mengharap keampunan dari Allah Azza wajalla yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Pada hari Arafah tidak ada seorang pun yang menunjukkan rasa bangga dan tinggi diri terhadap kemewahan, kekayaan, dan kelebihan diri berbanding orang lain. Semua merendahkan diri dihadapan yang Maha Esa dengan rasa takut kepada-Nya. Seolah-olah kebaikan itu tidak akan meliputi semua orang kecuali apabila semua bersikap tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t.

Pada hari tersebut juga semua para jemaah haji akan berusaha untuk menyingkirkan semua rasa sombong dan angkuhnya serta sifat jahat dan dengkinya. Allah s.w.t akan melimpahkan segala maghfirah dan rahmat-Nya ke atas hamba-hamba-Nya pada hari tersebut. Pada hari itu para jemaah dapat menyedari bahawa apa yang dibangga-banggakan selama ini adalah kepunyaan Allah s.w.t.

Oleh itu, pada hari Arafah tersebut digalakkan kepada para jemaah sekalian untuk memperbanyakkan amalan ibadat, zikir dan doa memohon rahmat dan maghfirah daripada Allah s.w.t pemilik sekalian makhluk. Yang Maha Menguasai apa yang terdapat di langit dan di bumi. Setiap jemaah akan menadahkan dan mengangkatkan kedua tangan ke langit berdoa dengan penuh khusyuk, tawadduk dan penuh keikhlasan memohon diberikan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Di Padang Arafah inilah Allah akan menurunkan rahmat-Nya kepada para jemaah Arafah. Allah Taala juga akan melimpahkan maghfirah-Nya kepada mereka yang dengan ikhlas memohon keampunan. Sekiranya seseorang jemaah itu sudah bertekad untuk wuquf di Arafah untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan Allah s.w.t sudah berkenan untuk melimpahkan berbagai maghfirah dan rahmat-Nya maka hendaklah para jemaah itu tidak cuba untuk menimbulkan kembali kemurkaan Allah kepada mereka.

Read More......

Doa pada hari Arafah

Di antara doa yang paling banyak dibaca Rasulullah saw. pada hari Arafah ialah:

لاإِله إِلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير



Ertinya: "Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki segala puji dan Dia berkuasa atas segala sesuatu." Rasulullah saw. bersabda, "Doa terbaik yang saya dan para Nabi saw. sebelumku pada petang hari Arafah ialah:

لاإِله إِلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير


Ertinya: "Tidak ada tuhan yang patut di sembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya Dialah yang memiliki kekuasaan dan Dialah yang memiliki segala puji dan Dia berkuasa atas segala sesuatu." Pada hari Arafah Zubair bin Awwam mendengar Rasulullah saw. membaca ayat berikut:

شهد الله أنه لا إِله إِلا هو والملائكة وأولو العلم قائما بالقسط لا إِله إِلا هو العزيز الحكيم

Ertinya: "Allah menyaksikan bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang sedemikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Dari doa Rasulullah saw. pada hari Arafah yang tersimpan sampai sekarang ialah:

اللهم لك صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي، وإِليك مآبي، و لك تراثي، اللهم إني أ عوذ بك من عذاب القبر، ووسوسة الصدر وشتات الأمر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما يجيء به الريح، ومن شر ما يلج في الليل وشر ما يلج في النهار وشر بوائق الدهر


Ertinya: "Wahai Tuhanku! Bagi-Mu segala puji sebagaimana yang kami katakan, dan bagi-Mu adalah segala kebaikan sebagaimana yang kami katakan. Ya Allah milik Kamu segala salatku, ibadahku, hidupku dan matiku. Kepada-Mulah tempatku kembali dan bagi-Mu segala peninggalanku. Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari adzab kubur dan dari penyakit hati yang was-was dan dari segala perkara yang tercerai-berai. Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bahaya yang dibawa oleh angin, dan dari keburukan yang timbul di malam dan siang hari, juga dari bencana yang dibawa oleh hari-hari (zaman)."

الله إنك تسمع كلامي، وتعلم سري وعلانيتي، لا يخفي عليك شيء من أمري، أنا البائس الفقير، المستغيث المستجير، الوجل المشفق المقر المعتر بذنبه، أسألك مسألة المسكين، وأبتهل إِليك إبتهال المذنب الذليل، وأدعوك دعاء الخائف الضرير، من خضعت لك رقبته، وفاضت لك عبرته، وذل جسده، ورغم أنفه.


Ertinya: "Ya Allah sesungguhnya Engkau mendengar perkataanku dan melihat tempatku, dan mengetahui rahasiaku dan lahirku, tidak ada satupun perkaraku yang tersembunyi dari-Mu. Aku hamba yang kerdil dan miskin, yang membutuhkan pertolongan dan perlindungan. Hamba yang memohon belas kasihan, yang membenarkan dan mengakui dosa-dosanya. Aku meminta kepada-Mu sebagai permintaan orang yang membutuhkan. Aku mengadu kepada-Mu sebagai pengaduan orang bersalah yang hina. Aku berdoa kepada-Mu doa orang yang takut dan buta akan apa-apa. Orang yang berlutut hanya ke hadapan-Mu, yang mengeluarkan segala aduannya hanya kepada-Mu, yang membungkukkan dirinya hanya kepada-Mu.”

لاإِله إِلا الله وحده لا شرِيك له، له الملك وله الحمد بيده الخير وهو على كل شيء قدير، اللهم اجعل في قلبي نورا، وفي صدري نورا، وفي سمعي نورا، وفي بصري نورا، اللهم اشرح لي صدري، ويسر لي أمري، وأعوذ بك من وسواس الصدر وشتات الأمر، وفتنة القبر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما يلج في الليل، وشر ما
يلج في النهار وشر ما تهب به الرياح، ومن شر بوائق الدهر


Ertinya: "Tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Allah Taala tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki kekuasaan dan segala pujian dan disisi-Nya segala kebaikan. Dan Dia berkuasa atas segala perkara. Ya Allah berilah hati ini cahaya-Mu dan pada penglihatanku cahaya dan pada pendengaranku cahaya. Ya Allah lapangkanlah dadaku ini, dan mudahkanlah urusanku. Dan aku berlindung kepada-Mu dari godaan hati, dan dari urusan yang bercerai-berai dan dari fitnah kubur. Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari keburukan yang dibawa malam dan keburukan yang di bawa siang dan dari keburukan yang dibawa angin dan dari bencana yang dibawa zaman." Rasulullah saw. berkhutbah pada hari Arafah, "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah Taala pada hari ini bersedia mengampuni segala dosa-dosa kalian kecuali kesalahan yang bersangkutan dengan orang lain di kalangan kamu. Dan membalas keburukan kalian dengan kebaikan. Dan mengabulkan segala permintaan orang yang berbuat kebaikan. Maka dari itu bergegaslah memohon dengan nama Allah,

اللهم لاتجعلني بدعائك رب شقيا، وكن بي رءوفا رحيما يا خير
المسؤولين ويا خير المعطين

Ertinya: "Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan doaku ini sia-sia, kasihani dan sayangilah aku wahai Tuhan sebaik-sebaik tempat meminta dan sebaik-baik pemberi."

Read More......

Saturday, March 28, 2009

Pelaksanaan Ibadah Haji (Manasik Haji)



Tata cara manasik haji adalah seperti berikut:

1. Melakukan ihram dari mîqât yang telah ditentukan
Ihram dapat dimulai sejak awal bulan Syawal dengan melakukan mandi sunah, berwudhu, memakai pakaian ihram, dan berniat haji dengan mengucapkan Labbaik Allâhumma hajjan, yang artinya "aku datang memenuhi panggilanmu ya Allah, untuk berhaji".
Kemudian berangkat menuju arafah dengan membaca talbiah untuk menyatakan niat:
Labbaik Allâhumma labbaik, labbaik lâ syarîka laka labbaik, inna al-hamda, wa ni'mata laka wa al-mulk, lâ syarîka laka
Artinya:
Aku datang ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu; Aku datang, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang; Sesungguhnya segala pujian, segala kenikmatan, dan seluruh kerajaan, adalah milik Engkau; tiada sekutu bagi-Mu.


2. Wukuf di Arafah
Dilaksanakan pada tanggal 9 Zulhijah, waktunya dimulai setelah matahari tergelincir sampai terbit fajar pada hari nahar (hari menyembelih kurban) tanggal 10 Zulhijah.
Saat wukuf, ada beberapa hal yang harus dilakukan, yaitu: shalat jamak taqdim dan qashar zuhur-ashar, berdoa, berzikir bersama, membaca Al-Qur'an, shalat jamak taqdim dan qashar maghrib-isya.

3. Mabît di Muzdalifah, Mekah
Waktunya sesaat setelah tengah malam sampai sebelum terbit fajar. Disini mengambil batu kerikil sejumlah 49 butir atau 70 butir untuk melempar jumrah di Mina, dan melakukan shalat subuh di awal waktu, dilanjutkan dengan berangkat menuju Mina. Kemudian berhenti sebentar di masy'ar al-harâm (monumen suci) atau Muzdalifah untuk berzikir kepada Allah SWT (QS 2: 198), dan mengerjakan shalat subuh ketika fajar telah menyingsing.

4. Melontar jumrah 'aqabah
Dilakukan di bukit 'Aqabah, pada tanggal 10 Zulhijah, dengan 7 butir kerikil, kemudian menyembelih hewan kurban.

5. Tahalul
Tahalul adalah berlepas diri dari ihram haji setelah selesai mengerjakan amalan-amalan haji.
Tahalul awal, dilaksanakan setelah selesai melontar jumrah 'aqobah, dengan cara mencukur/memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
Setelah tahalul, boleh memakai pakaian biasa dan melakukan semua perbuatan yang dilarang selama ihram, kecuali berhubungan seks.
Bagi yang ingin melaksanakan tawaf ifâdah pada hari itu dapat langsung pergi ke Mekah untuk tawaf. Dengan membaca talbiah masuk ke Masjidil Haram melalui Bâbussalâm (pintu salam) dan melakukan tawaf. Selesai tawaf disunahkan mencium Hajar Aswad (batu hitam), lalu shalat sunah 2 rakaat di dekat makam Ibrahim, berdoa di Multazam, dan shalat sunah 2 rakaat di Hijr Ismail (semuanya ada di kompleks Masjidil Haram).
Kemudian melakukan sa'i antara bukit Shafa dan Marwa, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa. Lalu dilanjutkan dengan tahalul kedua, yaitu mencukur/memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
Dengan demikian, seluruh perbuatan yang dilarang selama ihram telah dihapuskan, sehingga semuanya kembali halal untuk dilakukan.
Selanjutnya kembali ke Mina sebelum matahari terbenam untuk mabît di sana.

6. Mabît di Mina
Dilaksanakan pada hari tasyrik (hari yang diharamkan untuk berpuasa), yaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah. Setiap siang pada hari-hari tasyrik itu melontar jumrah ûlâ, wustâ, dan 'aqabah, masing-masing 7 kali.
Bagi yang menghendaki nafar awwal (meninggalkan Mina tanggal 12 Zulhijah setelah jumrah sore hari), melontar jumrah dilakukan pada tanggal 11 dan 12 Zulhijah saja. Tetapi bagi yang menghendaki nafar sânî atau nafar akhir (meninggalkan Mina pada tanggal 13 Zulhijah setelah jumrah sore hari), melontar jumrah dilakukan selama tiga hari (11, 12, dan 13 Zulhijah).
Dengan selesainya melontar jumrah maka selesailah seluruh rangkaian kegiatan ibadah haji dan kembali ke Mekah.

7. Tawaf ifâdah
Bagi yang belum melaksanakan tawaf ifâdah ketika berada di Mekah, maka harus melakukan tawaf ifâdah dan sa'i. Lalu melakukan tawaf wada' sebelum meninggalkan Mekah untuk kembali pulang ke daerah asal.

Read More......

Tawaf Wada'




Tawaf Wada' adalah tawaf selamat tinggal kerana memuliakan dan menghormati Baitullah bagi mereka yang hendak meninggalkan Mekah sejauh 2 marhala (91 km) atau lebih. Hukumnya adalah wajib


::Jika uzur dikecualikan daripada Tawaf Wada'

Tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam
1. Perempuan haid/nifas atau Mustahadah
2. Sakit Salsalbaul (kencing tidak lawas)
3. Orang luka yang darahnya tidak berhenti
4. Dipaksa meninggalkan Tawaf
5. Takut kepada orang zalim
6. Takut ditinggalkan teman sepemergian
7. Takut dari peminta hutang kerana tiada upaya menjelaskan
8. Takut harta/keselamatan/kehormatan terancam
9. Tiada air dan tanah untuk bersuci


::Jika ditinggalkan tanpa uzur

Tidak dikenakan Dam dan tidak berdosa
1. Orang yang masih belum menyempurnakan mana-mana rukun
haji
2. Orang yang keluar dari kota Mekah kemudian dengan tidak
semena-mena bermusafir


Berdosa tapi tidak dikenakan Dam

-Orang yang meninggalkan dengan sengaja lagi tahu hukum wajibnya. Kemudian belum sampai 2 marhala ia berpatah balik dan melakukan Tawaf. Berpatah balik itu menggugurkan dam tetapi tiada gugur dosa


Berdosa dan wajib bayar Dam

-Meninggalkan dengan sengaja tanpa uzur syarie


::Jika jahil atau terlupa

Dikenakan Dam dan tidak berdosa

Read More......

Jenis Haji


HAJI TAMATTU'

Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji di tahun yang sama


HAJI IFRAD

Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah


HAJI QIRAN

Cara mengerjakan Haji Qiran :


CARA 1:

Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja


CARA 2:

Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi belum tawaf ia berniat mengerjakan haji

Read More......

Dam Haji


Menyembelih binatang dan penggantinya dam itu daripada makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang mengerjakan haji dan umrah jika ia meninggalkan salah satu daripada perkara wajib haji/umrah ATAU melakukan perkara-perkara larangan semasa ihram ATAU menunaikan haji Tamattu', Qiran dengan syarat-syaratnya


::DAM IHSAR

PENGERTIAN

Dam untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan hajinya atau umrahnya.


SEBAB-SEBAB

Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit


SEBAB-SEBAB LAIN

Dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.


CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR

Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah:

1. Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram)

2. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan

3. Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


::DAM TERTIB DAN TAQDIR

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1. Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya)
2. Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
3. Luput wuquf di Arafah
4. Tidak melontar Jamrah
5. Tidak bermalam di Mina (dengan syarat-syaratnya)
6. Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat-syaratnya)
7. Tidak berihram di Miqat
8. Meninggalkan Tawaf Wada'
9. Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji


DAM YANG DIKENAKAN

Menyembelih seekor kibasy atau kambing atau 1/7 daripada lembu atau unta atau kerbau


JIKA TIDAK BERKUASA

Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari dimasa haji dan 7 hari apabila ia balik ke tempatnya


JIKA TIDAK BERDAYA BERPUASA

Dengan sebab tua, maka dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak)


JIKA TIDAK BERDAYA JUGA

Tertanggunglah di atas zimmahnya



::DAM TERTIB DAN TA'DIL

PENGERTIAN

Ta'dil bermakna apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan hendaklah diganti dengan puasa


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja Umrah


DAM YANG DIKENAKAN

1. Menyembelih seekor unta
2. Jika tidak berkuasa: Menyembelih seekor lembu
3. Jika tidak berkuasa: Digantikan dengan 7 ekor kambing
4. Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
5. Jika tidak berkuasa: Hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya dan wajib qada' pada tahun berikutnya

ATAU

Tertahan/ditahan oleh musuh dalam perjalanan atau terkepung tidak dapat masuk Mekah sedangkan ia sudah berihram

HENDAKLAH BERTAHALLUL IHSAR DAN DAM YANG DIKENAKAN

1. Ia hendaklah bertahallul (Ihsar) iaitu menyembelih seekor kambing dan bercukur/bergunting
2. Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul
3. Jika tidak berkuasa: Hendaklah puasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


::DAM TAKHYIR DAN TA'DIL

PENGERTIAN

Takhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Berburu binatang buruan sama ada di Tanah Haram atau Halal


DAM YANG DIKENAKAN

1. Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu, kalau rusa bandingannya lembu, kalau kijang bandingannya kambing
2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari

ATAU

Mengerat, menebang atau mencabut pokok dalam Tanah Haram Mekah kecuali pokok yang mati (kering)

DAM YANG DIKENAKAN

1. Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok yang dikerat/ditebang/dicabut, kalau pokok besar bandingannya lembu dan kalau kecil bandingannya kambing
2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari


::DAM TAKHYIR DAN TAQDIR

PENGERTIAN

Ketetapan pada barang yang boleh diganti


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1. Membuang/mencabut/menggunting 3 helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota
2. Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja
3. Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya
4. Memakai bau-bauan dengan sengaja
5. Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada bulu tumbuhan di pipi dan di dahi dengan sengaja
6. Melakukan perkara permulaan persetubuhan dengan sengaja
7. Melakukan persetubuhan selepas selesai Tahallul Awal, tetapi belum selesai Tahallul Kedua dengan sengaja
8. Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji dengan sengaja


DAM YANG DIKENAKAN

Menyembelih seekor kambing

ATAU

Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang

ATAU

Berpuasa tiga hari

Read More......


WAJIB HAJI


Setiap wajib haji di bawah mestilah dilakukan jika tertinggal atau tidak melakukan salah satu daripada wajib haji tersebut akan dikenakan dam.

::Niat ihram di Miqat
::Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram
::Bermalam (mabit) di Muzdalifah
::Melontar Jamrah Al'Aqabah
::Bermalam (mabit) di Mina
::Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyrik

Read More......

Rukun Haji


::NIAT


HAJI TAMATTU' DAN HAJI IFRAD

Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala


HAJI QIRAN

Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala


::WUKUF


MAKSUD WUKUF
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan.


WAKTU WUKUF
Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah.


WAKTU AFDAL WUKUF
Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah


SYARAT BERWUKUF

Telah berihram dengan niat haji
Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf


AMALAN-AMALAN SUNAT BERWUKUF

Sembahyang berjemaah
Bertalbiah
Berdoa
Berzikir
Membaca al-Quran
Sembahyang-sembahyang sunat


::TAWAF


PENGERTIAN TAWAF

Mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.


SYARAT-SYARAT TAWAF

Suci daripada hadas
Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis
Menutup aurat
Bermula pada sudut Al Hajar Aswad, berniat tawaf jika Tawaf Qudum/Wada'/Sunat/Nazar
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
Berjalan bertujuan tawaf, bukan tujuan lain
Cukup 7 kali keliling dengan yakin
Dilakukan dalam Masjid haram dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan


JENIS-JENIS TAWAF

Tawaf Rukun
Tawaf Qudum (Selamat Datang)
Tawaf Wada' (Selamat Tinggal)
Tawaf Sunat
Tawaf Nazar


SUNAT-SUNAT TAWAF

Berjalan kaki
Berittiba' bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ei (lelaki)
Melakukan Ramal (berlari-lari anak bagi tawaf yang diiringi dengan Sa'ei ) (lelaki)
Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya
Membaca zikir dan doa
Berturut-turut 7 kali pusingan
Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk
Sembahyang sunat Tawaf


::SA'EI


PENGERTIAN SA'EI

Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah


SYARAT-SYARAT SA'EI

Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Tawaf Qudum
Bermula di Bukit Safa, berakhir di bukit Marwah
Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
Hendaklah sampai ke penghujung Sa'ei di Safa dan Marwah
Hendaklah Sa'ei di Batnul Wadi (tempat yang termaklum)
Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ei



SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'EI

Keluar ke temapt Sa'ei melalui Babussafa
Menaiki Bukit Safa/Marwah hingga sampai batu-batu bukit
Mengadap qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau atau tiang hijau
Muwalat (berturut-turut)
Suci dari hadas kecil dan besar
Berjalan kaki
Berdoa

::BERCUKUR ATAU BERGUNTING



PENGERTIAN BERCUKUR/BERGUNTING

Bercukur atau bergunting semasa mengerjakan haji


CARA MELAKSANAKANNYA

Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan


MASA DAN TEMPAT

Selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina


PERHATIAN

Amalan bercukur atau bergunting selepas melontar Jamratul Aqabah dinamakan sebagai Tahallul Awal


::
TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN


Read More......

Syarat Wajib Haji

:: Islam
:: Baligh
:: Berakal
:: Merdeka
:: Berkuasa


Tambahan bagi perempuan


Dengan izin suami/wali
Ditemani suami/mahram/perempuan-perempuan yang dipercayai



Syarat Datang Sendiri



*Ada tambang pergi/balik
*Ada bekalan / nafkah
*Ada kenderaan pergi/balik
*Aman dalam perjalanan pergi/balik
*Sihat tubuh badan
*Berkesempatan masa


Syarat Dengan Pertolongan Orang Lain

*Uzur tidak dapat mengerjakan sendiri
*Atau sakit yang tiada harapan sembuh
*Atau terlalu tua
*Atau yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya

Read More......

PeNgeRtiAn hAji




Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islamyang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Read More......