Saturday, March 28, 2009

Rukun Haji


::NIAT


HAJI TAMATTU' DAN HAJI IFRAD

Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala


HAJI QIRAN

Lafaznya :

Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala


::WUKUF


MAKSUD WUKUF
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan.


WAKTU WUKUF
Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah.


WAKTU AFDAL WUKUF
Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah


SYARAT BERWUKUF

Telah berihram dengan niat haji
Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf


AMALAN-AMALAN SUNAT BERWUKUF

Sembahyang berjemaah
Bertalbiah
Berdoa
Berzikir
Membaca al-Quran
Sembahyang-sembahyang sunat


::TAWAF


PENGERTIAN TAWAF

Mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.


SYARAT-SYARAT TAWAF

Suci daripada hadas
Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis
Menutup aurat
Bermula pada sudut Al Hajar Aswad, berniat tawaf jika Tawaf Qudum/Wada'/Sunat/Nazar
Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
Berjalan bertujuan tawaf, bukan tujuan lain
Cukup 7 kali keliling dengan yakin
Dilakukan dalam Masjid haram dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan


JENIS-JENIS TAWAF

Tawaf Rukun
Tawaf Qudum (Selamat Datang)
Tawaf Wada' (Selamat Tinggal)
Tawaf Sunat
Tawaf Nazar


SUNAT-SUNAT TAWAF

Berjalan kaki
Berittiba' bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ei (lelaki)
Melakukan Ramal (berlari-lari anak bagi tawaf yang diiringi dengan Sa'ei ) (lelaki)
Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya
Membaca zikir dan doa
Berturut-turut 7 kali pusingan
Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk
Sembahyang sunat Tawaf


::SA'EI


PENGERTIAN SA'EI

Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah


SYARAT-SYARAT SA'EI

Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Tawaf Qudum
Bermula di Bukit Safa, berakhir di bukit Marwah
Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
Hendaklah sampai ke penghujung Sa'ei di Safa dan Marwah
Hendaklah Sa'ei di Batnul Wadi (tempat yang termaklum)
Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ei



SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'EI

Keluar ke temapt Sa'ei melalui Babussafa
Menaiki Bukit Safa/Marwah hingga sampai batu-batu bukit
Mengadap qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau atau tiang hijau
Muwalat (berturut-turut)
Suci dari hadas kecil dan besar
Berjalan kaki
Berdoa

::BERCUKUR ATAU BERGUNTING



PENGERTIAN BERCUKUR/BERGUNTING

Bercukur atau bergunting semasa mengerjakan haji


CARA MELAKSANAKANNYA

Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan


MASA DAN TEMPAT

Selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina


PERHATIAN

Amalan bercukur atau bergunting selepas melontar Jamratul Aqabah dinamakan sebagai Tahallul Awal


::
TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN


No comments:

Post a Comment