Saturday, March 28, 2009

Dam Haji


Menyembelih binatang dan penggantinya dam itu daripada makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang mengerjakan haji dan umrah jika ia meninggalkan salah satu daripada perkara wajib haji/umrah ATAU melakukan perkara-perkara larangan semasa ihram ATAU menunaikan haji Tamattu', Qiran dengan syarat-syaratnya


::DAM IHSAR

PENGERTIAN

Dam untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan hajinya atau umrahnya.


SEBAB-SEBAB

Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit


SEBAB-SEBAB LAIN

Dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.


CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR

Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah:

1. Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram)

2. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan

3. Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


::DAM TERTIB DAN TAQDIR

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1. Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya)
2. Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
3. Luput wuquf di Arafah
4. Tidak melontar Jamrah
5. Tidak bermalam di Mina (dengan syarat-syaratnya)
6. Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat-syaratnya)
7. Tidak berihram di Miqat
8. Meninggalkan Tawaf Wada'
9. Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji


DAM YANG DIKENAKAN

Menyembelih seekor kibasy atau kambing atau 1/7 daripada lembu atau unta atau kerbau


JIKA TIDAK BERKUASA

Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari dimasa haji dan 7 hari apabila ia balik ke tempatnya


JIKA TIDAK BERDAYA BERPUASA

Dengan sebab tua, maka dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak)


JIKA TIDAK BERDAYA JUGA

Tertanggunglah di atas zimmahnya



::DAM TERTIB DAN TA'DIL

PENGERTIAN

Ta'dil bermakna apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan hendaklah diganti dengan puasa


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja Umrah


DAM YANG DIKENAKAN

1. Menyembelih seekor unta
2. Jika tidak berkuasa: Menyembelih seekor lembu
3. Jika tidak berkuasa: Digantikan dengan 7 ekor kambing
4. Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
5. Jika tidak berkuasa: Hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya dan wajib qada' pada tahun berikutnya

ATAU

Tertahan/ditahan oleh musuh dalam perjalanan atau terkepung tidak dapat masuk Mekah sedangkan ia sudah berihram

HENDAKLAH BERTAHALLUL IHSAR DAN DAM YANG DIKENAKAN

1. Ia hendaklah bertahallul (Ihsar) iaitu menyembelih seekor kambing dan bercukur/bergunting
2. Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul
3. Jika tidak berkuasa: Hendaklah puasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


::DAM TAKHYIR DAN TA'DIL

PENGERTIAN

Takhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Berburu binatang buruan sama ada di Tanah Haram atau Halal


DAM YANG DIKENAKAN

1. Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu, kalau rusa bandingannya lembu, kalau kijang bandingannya kambing
2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari

ATAU

Mengerat, menebang atau mencabut pokok dalam Tanah Haram Mekah kecuali pokok yang mati (kering)

DAM YANG DIKENAKAN

1. Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok yang dikerat/ditebang/dicabut, kalau pokok besar bandingannya lembu dan kalau kecil bandingannya kambing
2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari


::DAM TAKHYIR DAN TAQDIR

PENGERTIAN

Ketetapan pada barang yang boleh diganti


SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1. Membuang/mencabut/menggunting 3 helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota
2. Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja
3. Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya
4. Memakai bau-bauan dengan sengaja
5. Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada bulu tumbuhan di pipi dan di dahi dengan sengaja
6. Melakukan perkara permulaan persetubuhan dengan sengaja
7. Melakukan persetubuhan selepas selesai Tahallul Awal, tetapi belum selesai Tahallul Kedua dengan sengaja
8. Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji dengan sengaja


DAM YANG DIKENAKAN

Menyembelih seekor kambing

ATAU

Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang

ATAU

Berpuasa tiga hari

1 comment:

  1. Salam. Utk dam takhyir Dan takdir, adakah bayaran dam Kambing dibuat di mekah atau blh disembelih Kambing di tanah air?

    ReplyDelete